Dec 23, 2006

"kau boleh!"

Cuti sekolah sedang berlangsung. Ah, moga adik-adik kita sekarang ni sedang buat perkara-perkara yang berfaedah. Tak menyusahkan mak dah ayah di rumah.

Cakap tentang adik-adik ni, saya teringatkan peserta-peserta program yang pernah saya kendali. Memang banyak kenangan semasa menjadi fasilitator.

Salah satunya yang berlangsung pada pertengahan tahun ini juga, bertempat di El Azzhar Camp. Ada satu peristiwa yang masih kekal dalam kepala. Masa tu, kami sedang adakan Explorace di kawasan kem. Wah, sungguh teruja. Halangan yang perlu dilalui seperti: lari bawa balak secara berkumpulan, tarzan swing, seberang titian maut, berkayak dan macam-macam lagi lah.


Kisahnya semasa kumpulan yang ada dikehendaki melalui titian maut secara berkumpulan. Dapat tak bayangkan?? Dah lah ramai, titian yang dibut dari batang pokok tu memang licin dek kena air. Hanya boleh pegang tali dan kena lalu titi tersebut sampai semua ahli selamat sampai ke seberang. Jika jatuh dalam tasik, kena ulang semula.

Satu masa, ada satu kumpulan ni dengan penuh azam, cuba seberang titian maut tersebut. Wah, ketuanya cukup agresif. Kita gelar dia Man. Budak Man ni tak henti bagi kata-kata dorongan untuk ahli kumpulannya. Lalu, ada fasi cuba buat provokasi. Saja, nak 'hapuskan' semangat si Man. Tahu apa si Man balas??

"Weh, slow-slow, kita boleh. Jangan dengar apa orang lain kata!!"

Saya beliak mata tengok adik tu. Menjerit-jerit dia menyokong kawan-kawannya yang lain. Di mulut dia tak lepas perkataan "kau boleh, kau boleh, teruskan, tak jauh lagi tu. Aku percaya kat kau, jalan perlahan-lahan. Kau boleh!!"



Wah, saya kagum benar. Dia begitu bersemangat. Yang paling buat saya kagum bila dia terus bakar semangat kawan-kawannya, walau ada yang cuba mematahkan mereka. Dan, akhirnya itulah kumpulan pertama yang berjaya lepasi titian maut tersebut.

Ah, apa kalian fikirkan?? Bukankah mereka hebat?? =)

3 comments:

Anonymous said...

Ketepikan hasutan dan kata-kata pihak luarkalau nak berjaya.

Macam boleh relatekan semangat Man ni dengan semangat Malaysia Boleh...

tapi mungkin kita tak semuat Man..

:|

Anonymous said...

*sekuat (bukan semuat..hihihi...typing error daaaa...)

Mentor_ulung said...

iya zyed..manusia selalu 'mati' sebab kata2 org yg lebih ber'teori'kan hasad dengki...mmg susah nak maju.